Wednesday, 13 May 2015

PACIFIC CLUB LOUNGE, THE PACIFIC SUTERA, KK, SABAH


Part 4 - Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu, Sabah







Jika mahukan suasana yang agak privasi, anda boleh ke PACIFIC CLUB LOUNGE untuk melayari laman sesawang di samping minum dan menikmati hidangan ringan bersama keluarga mahupun sahabat handai. Selain menawarkan kemudahan ruang dan hidangan ringan, anda pasti turut terkesima dengan pemandangan laut yang luas memukau.


Sesekali berada dalam suasana yang berbeza dari kebiasaan dapat merehatkan minda kita yang sentiasa bergolak dengan pelbagai persoalan. Hanya sekadar berubah suasana dan tempat... 




 Berdua itu lebih baik kan...


 Heliconia ada di mana-mana...


 Sembang secara santai sambil tenangkan fikiran...


 Luangkan masa bersama... Pacific Club Lounge


Seindah pemandangan, setenang laut nan membiru... terisi ruang terusik bicara... di sini kasih bersemi...



Kapal-kapal berlabuh, sementara menanti waktu untuk berlayar... masih adakah lagi kesempatan untuk bertamu...



Dari kejauhan, laut berombak tenang, awan membiru dengan pemandangan pulau-pulau yang indah. Di sebalik cermin kaca, jari jemari rancak menyusun ayat... berbisik pada diri... andai diizinkan, pasti ku kembali lagi ...


No comments:

Post a Comment