Sunday, 17 May 2015

PHILEA RESORT, MELAKA

PHILEA RESORT, MELAKA

Mercu tanda Philea Resort
Assalamualaikum wbt... ok kali ni I nak ajak uolls semua bercuti ke Melaka. Meskipun gambar-gambar ni diambil a few years back, tapi tak kisahlah... janji lokasinya masih wujud dan menjadi tumpuan ramai pengunjung untuk ke sana. Melaka sememangnya negeri yang banyak menyimpan khazanah sejarah. Tak kurang juga dengan tempat-tempat yang menjadi tarikan pengunjung. Salah satunya adalah Philea Resort yang terletak berdekatan dengan tol Ayer Keroh, Melaka.
Ruang lobi utama Philea Resort
Sewaktu kunjungan saya ke Philea Resort, ia baru sahaja dirasmikan. Boleh dikatakan saya antara pengunjung yang terawal menetap di situ. Reka bentuk resort ini memang unik dan menarik. Hampir keseluruhan resort dibina menggunakan pine oak yang diimport dari Russia. Memang puas hati sangat diberi peluang menginap di sini
Bersiap sedia untuk breakfast
Suasana pagi begitu nyaman dan menyegarkan. Tambahan pula dapat tidur dengan lena dan selesa. Sempat lagi tu berposing atas tangga depan resort. So, sebelum apa-apa aktiviti... kita breakfast dulu...



Inilah Oasis atau ruang breakfast dan juga ruang untuk sebarang acara. Ia diberi nama oasis memandangkan ia terletak di tengah-tengah dan dikelilingi kolam ikan. 

Sewaktu memasuki ruang Oasis, saya begitu teruja melihat betibu-ribu ikan koi yang terdapat di dalam kolamnya. So, selesai breakfast dan sebelum keluar dari restoran, saya mencapai beberapa keping roti untuk diberi makan kepada ikan-ikan tersebut. 

Seronok melihat ikan-ikan koi berebutkan makanan yang dilemparkan ke dalam kolam. Mengikut pihak pengurusan Philea Resort, terdapat lebih kurang 5000 ekor koi dalam kolam tersebut.

Ok sekarang ni kita kongsi-kongsikan info tentang Philea Resort. Philea Resort memberikan anda percutian yang cukup romantis. Berlatarkan suasana pemandangan dan keunikan resort, ternyata ia memberikan anda seribu kepuasan untuk menginap di sini. Ia merupakan suatu pengalaman baru bagi saya, tambahan pula berada di dalam bilik yang diperbuat dari pine oak agak mengujakan. Terdapat beberapa pilihan jenis resort untuk didiami, bergantung kepada kadar sewanya. Namun yang pasti, pengalaman menetap di sini sememangnya cukup menghiburkan.

Pemandangan hadapan resort.
Bilik tidur dengan katil single bed.
Anda juga boleh memilih katil queen bed untuk lebih selesa.
Pemandangan dari luar resort untuk honeymoon couple.
Ruang kamar tidur yang romantis dan menawan.

Sinki dan bath tub di kamar mandi.

Ini merupakan private resort dengan kadar sewa yang agak mahal. Ia dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan seperti sebuah rumah dengan private swimming pool. Saya dimaklumkan resort ini pernah didiami oleh Mantan PM, PM dan juga pelakon tersohor bollywood Shah Rukh Khan sewaktu mengadakan sesi penggambaran di Melaka.

Ruang rehat bawah.
Bilik tidur bawah.
Kamar tidur utama di tingkat atas.
Jakuzi daripada pine oak.
Private swimming pool.
Bagi yang membawa anak-anak kecil, di samping aktiviti berenang, ruang aktiviti untuk anak-anak kecil turut disediakan bersebelahan Bayu Cabana.


Si kecil pastinya tak akan melepaskan peluang untuk mandi manda di kolam ini. Apatah lagi dengan kedinginan airnya yang begitu menyegarkan. Sebenarnya mama dia pun mandi jugak... tapi cukuplah sekadar tayang photo anak je....
Suasana pemandangan di waktu malam yang begitu indah dan menarik.

Kafe yang terletak bersebelahan ruang lobi utama.

Bar yang terdapat di Philea Resort.

Sooooo, itu la serba sedikit kisah percutian kami sewaktu di Philea Resort, Melaka. Keseronokkannya masih lagi terasa. Andai diberi peluang, inshaa Allah pasti suatu hari nanti, kami akan kembali semula ke sini. 













No comments:

Post a Comment