Wednesday, 13 May 2015

MANUKAN ISLAND, SABAH

Part 8 - Manukan Island, Sabah


Ok, kali ni kita ke pulau pula. Nak ke mana ye? Apa kata kita ke Tunku Abdul Rahman Marine Park. Buat makluman semua, Tunku Abdul Rahman Marine Park ini terdapat 5 buah pulau, iaitu Pulau Sapi, Manukan, Mamutik, Gaya dan juga Sulug.

Umum mengatakan Tunku Abdul Rahman Park ini adalah sebahagian dari banjaran Crocker, tetapi bertukar menjadi pulau apabila paras air naik kesan dari 'ice age'. Keterangan mengenainya diambil dari link Sabah Parks
"The names of the islands are symbolic of their history and early discoverers. Pulau Gaya(‘big’), Manukan (‘fish’), Mamutik (‘for shell collection’), Sapi (the sound of a mowing buffalo), and Sulug (commemorating the ancestry of the Sulu peoples of Sabah). Initially, the Park covered two islands - Gaya and Sapi. In 1979, the Park’s boundaries expanded to include three other islands : Manukan, Sulug, and Mamutik." The administrative centre of the Tunku Abdul Rahman Park is in the Manukan island, however each of the five islands had its own administrative offices.


Jadi untuk kali ini apa kata kita ke Manukan Island. Manukan Island merupakan pulau paling popular di TAR Park ini. Pantainya lebih kurang 1.5km panjang dengan keluasannya sekitar 300m.


Menaiki bot lebih kurang 15-20 minit dari Sutera Harbour Resort ke Manukan Island.


Sebaik menjejakkan kaki ke jeti, hati terasa lega. Alhamdulillah... selamat sampai. Maklum le...meredah lautan luas, pelbagai persoalan bermain di fikiran. Tapi, apa-apa pun ... selfie dulu...ok, jomsss

Pandangan dari Pulau Manukan...


Di Pulau Manukan ini terdapat resort mewah iaitu Sutera Sanctuary Lodge. Anda boleh memilih sama ada untuk tinggal di resort yang terletak di kawasan yang agak tinggi dan dikelilingi oleh pohon-pohon kelapa atau di kawasan tanah rata berdekatan dengan pantai yang memutih.

Sekiranya memilih resort di kawasan yang tinggi, anda perlu menapak jalan berbukit dan beberapa anak tangga untuk sampai ke resort. Namun walaupun sedikit penat, tapi cukup puas hati.


Pilihan warna-warna terang pada kemasan lembut menjadikan suasana nampak ceria dan bertenaga. Aura kayu dan kehijauan pokok-pokok di sekeliling resort menambahkan keanggunan dan menjadikan saat-saat percutian anda lebih bermakna.




Menaiki anak tangga menuju ke kamar tidur di tingkat atas.


Sudut pandangan berbeza di kamar utama.


Bilik mandi kamar utama.


Resort di tanah rata berdekatan dengan kawasan pantai.


Terasa seolah-olah berada di kampung halaman.


Ruangnya yang nyaman dan sejuk, ditambah pula dengan pemandangan pantai di hadapan resort.


Kamar tidur di tingkat atas yang agak luas dan selesa.


No comments:

Post a Comment