Thursday, 14 May 2015

RESORT AMAN RIMBA, JANDA BAIK, PAHANG

AMAN RIMBA, JANDA BAIK, PAHANG



Perjalanan lebih kurang 45 minit dari bandaraya Kuala Lumpur ke Aman Rimba, di Janda Baik. Lari seketika dari suasana hingar bingar kota. Menyusuri laluan jalan di Janda Baik, kelihatan banyak resort-resort di kiri kanan jalan yang boleh anda dan keluarga, merancang untuk singgah dan bermalam di sini.

Melalui jalan kampung yang sempit dengan anak sungai di bahu jalan serta ditemani udara yang segar, tidak terasa rupanya saya sudahpun sampai di Aman Rimba, resort persendirian yang terletak di kawasan yang agak jauh ke dalam.


Aman Rimba merupakan resort persendirian yang menyediakan 6 buah resort untuk didiami terdiri daripada Sireh, Serai, Halia, Kunyit, Kantan 1 dan Kantan 2. Ia boleh memuatkan sehingga 20 penghuni pada satu masa.

Laluan ke rumah Sireh


Rumah Sireh masih mengekalkan ciri-ciri tradisional Melayu.



Kamar tidur dan ruang dalaman rumah sireh yang masih mengekalkan konsep dan hiasan bercirikan tradisional. Seakan-akan menggamit nostalgia suasana kehidupan desa yang begitu tinggi nilai tradisinya.

Laluan jambatan yang menghubungkan rumah Sireh dengan dewan makan dan kawasan resort utama.


Antara hiasan yang terdapat di laman Aman Rimba.


Rumah Serai & Kunyit serta ruang tidur yang begitu kemas dan selesa disediakan untuk percutian anda sekeluarga.


Bagi yang suka berenang, kolam turut disediakan bagi mengisi aktiviti masa lapang.


Selain kolam renang, kolam memancing juga ada bagi yang gemar memancing. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di Aman Rimba selain menyaksikan pelbagai jenis binatang perliharaan yang mungkin mencuit hati anda.


Pintu masuk utama Rumah Kantan 2.

So sekarang sampailah kita ke rumah Kantan. Rumah Kantan merupakan banglo besar yang terletak di bahagian hujung kawasan resort, di mana ia menghubungkan antara Kantan 1 dan Kantan 2. Kedua-dua suite ini boleh digabungkan menjadi satu banglo yang besar dan luas atau jika anda mahukan privasi, ia boleh dipisahkan melalui pintu penghadang yang terletak di tengah-tengah ruang. Setiap satu boleh memuatkan 4 orang pada satu-satu masa.


 

Jika bosan terperap dalam Suite banglo ni, anda boleh juga lepak-lepak di ruang patio sambil duduk dan menikmati udara segar sambil menghadap kolam yang terletak di hadapan banglo ini.

Day bed, boleh bersantai-santai sambil baring-baring membaca novel.


Ruang tamu dilengkapi dengan set sofa dan TV LCD. Memang best kan kalau dapat ramai-ramai berkumpul dan menikmati percutian bersama.

Bilik tidur dengan katil 4 tiang, mengembalikan nostalgia lama yang sememangnya begitu berharga.


Bilik air dengan dua basin dan bilik mandi yang turut menyediakan jakuzi untuk kegunaan anda.

Pintu menuju ke dewan makan diukir dan dihias mengikut konsep Bali. 


Minuman dan mineral water disediakan untuk anda secara percuma. Di sini juga anda boleh bersantai atau menikmati hidangan sambil melayan siaran TV pada skrin besar.

  Ruang makan terbuka mencetuskan suasana yang lebih santai dan nyaman.

Kalau terasa kaki penat berjalan-jalan di sekitar resort ini, apa kata berehat sahaja di lanai yang disediakan khusus buat pengunjungnya.


Bagi yang ingin menikmati kesegaran udara luar, anda boleh meluangkan masa minum di ruang kafe luar yang terdapat di resort ini.

 Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini, termasuk 'game room' yang disediakan oleh pihak resort.


Wakaf-wakaf atau gazebo juga ada disediakan untuk anda merehatkan diri atau menghabiskan masa bersama keluarga.

Hibiscus
Heliconia

Terdapat juga flora dan fauna menemani percutian anda di resort ini. Antaranya Hibiscus, Heliconia, Velvet Heliconia, Angsa, Itik, Burung kakak tua dan lain-lain.




Itulah serba sedikit tentang Resort Aman Rimba yang pernah saya kunjungi. Bagi anda yang tidak mahu pergi jauh untuk menghabiskan cuti, apa kata anda cuba luangkan masa, tinjau mana-mana resort yang terdapat di Janda Baik ini... yang penting anda dan keluarga puas hati dan Enjoyyyy your holiday....


2 comments:

  1. Azhari, you may dail these number
    012 232 3071 or 017 244 9646 or visit their website at
    www.amanrimba.com

    ReplyDelete